Pulau Hashima, Nagasaki

Gambaran dari atas menimbulkan seribu tanda tanya

Sesebuah pulau biasanya dipenuhi dengan hidupan semula jadi dan pemandangan yang hijau. Namun lain pula dengan pulau yang saya akan kongsikan dengan anda ini. Pulau terbiar ini diberi nama sebagai Pulau Hashima atau ada juga yang memanggil ia sebagai pulau berhantu. Kenapa pulau tersebut dipanggil pulau berhantu? Jom kita terokai serba sedikit sejarah pulau ini. 


Mungkin ada yang sudah tahu mengenai pulau ini. Bagi yang belum tahu, Pulau Hashima ini adalah di mana penggambaran filem terkemuka yang bertajuk Skyfall berlaku. Tahukah anda lokasi itu adalah lokasi yang digunakan oleh penjahat homoseksual Raoul Silva sebagai markas utama untuk dia membalas dendam terhadap orang yang mengkhianatinya iaitu Ejen M. 


Pulau Hashima itu bererti Pulau Batas dan juga mempunyai nama lain iaitu Gunkanjima yang bermaksud Pulau Peperangan. Pulau itu kaya dengan hasil arang batu di mana merupakan sumber terpenting untuk industri ketika itu. Syarikat Mitsubishi Corporation telah membuka pulau itu menjadi pulau yang termaju selepas sumber mineral ditemui di Pulau Hashima.

setelah sekian lama terbiar

Dari tidak mempunyai apa-apa infrastruktur, pulau itu telah membangun pada tahun 1959 dengan kemudahan awam yang lengkap. Pulau itu dibangunkan untuk kegunaan pekerja-pekerja kilang arang batu itu di mana perumahan, teater, pusat membeli-belah, kelab malam, restoran dan sebagainya dibina dengan lebih pesat. Dengan pembangunan yang cepat ketika itu, ia telah menjadikan Pulau Hashima sebagai kawasan dengan penduduk yang padat di dunia di mana seramai 5,259 penduduk telah menetap di pulau itu. 

Tetapi pada tahun 1974, penggunaan arang batu semakin merosot berikutan sumber lain telah dijumpai iaitu sumber minyak mentah. Ahli lembaga tertinggi dalam Mitsubishi Corporation telah mengambil keputusan untuk menutup syarikat arang batu itu. Sejak dari itu, ramai penduduk di pulau itu telah berhijrah ke kawasan lain. Disebabkan kosong dan terbiarlah orang ramai memanggil pulau itu sebagai Pulau Hantu. 

0 comments:

Post a Comment