Kenali Beijing Sebagai Pusat Pelancongan Menarik!! (siri 1)

Sebagai Ibu Negeri Republik Rakyat China, ia adalah perdagangan negara politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan antarabangsa dan pusat komunikasi. Terletak di utara China, berhampiran dengan bandar pelabuhan Tianjin dan sebahagian dikelilingi oleh Hebei Province, ia juga berfungsi sebagai hab pengangkutan yang paling penting dan pelabuhan masuk.

Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.



Antara Tempat Menarik Di Beijing..


1) Silk Streer Pearl Market

Sekiranya anda tiada masa di Beijing dan ingin membeli-belah dengan mudah dan setempat pergilah ke Silk Street & Pearl Market (Lorong Sutera & Pasar Mutiara). Walaupun namanya Lorong Sutera, namun bukan sutera sahaja yang dijual. Di pusat membeli-belah ini terdapat pakaian, tembikar, pinggan mangkuk, teko, teh, kamera, barang kenang-kenangan dan macam-macam lagi.



Anda mungkin terkejut kerana barang-barang yang dijual di sini tiada tanda harga dan harga yang diletakkan adalah tinggi. Setiap kedai meletakkan harga yang berlainan untuk barangan yang sama. Untuk membeli-belah di sini, kita perlu pandai tawar.

Pelbagai jenis jam yang turut dijual 

Gambaran di Silk Street Pearl Market

2)  Dataran Tiananmen & Taman Nenek Moyang


Kalau di Malaysia kita ada Dataran Merdeka dan Tugu Kebangsaan, di China ada Dataran Tiananmen (Tianmen Square) dan Tugu Peringatan Wira-wira Rakyat (Monument of the People's Heroes).


Dataran Tiananmen ini selalu dikunjungi oleh ramai orang. Anda akan lihat tempat ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin melihat sendiri Monumen Wira-wira Rakyat yg berjasa kepada bumi negara ke-2 terbesar didunia itu.
Gambaran dataran Tiananmen

Orang ramai membanjiri dataran Tiananmen



Itu sahaja sisipan untuk kenali beijing sebgai pusat pelancongan menarik siri 1. Siri 2 akan menyusul nanti dengan tempat-tempat yang lebih menarik di BEIJING!!

0 comments:

Post a Comment