Annyeonghaseyo!!!
Korea
Selatan merupakan sebuah negara empat musim yang semakin berkembang dan
dikenali dunia. Dalam aspek pelancongan juga, Korea Selatan dilihat seperti
destinasi idaman dan impian bagi kebanyakan pelancong antarabangsa. Pada hari
ini Korea Selatan terdiri daripada komuniti yang jauh lebih pesat dalam
pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi dan infrastruktur.
Negara ini kini tidak lagi dipandang sebagai negara yang ketinggalan seperti
yang berlaku pada tahun 1960-an.
Di samping mendapat tempat dalam hati rakyat tempatan, kebudayaan
arus perdana Korea Selatan yang merangkumi drama televisyen, filem dan muzik
popular, juga menjana pendapatan eksport yang lumayan di seluruh dunia.
Fenomena yang bergelar "Hallyu" atau "Gelombang Korea" ini
telah melanda banyak negara di dalam dan luar Asia.
Kepelbagaian budaya melihatkan variasi makanan yang terdapat di
Korea. Di sini anda berpeluang merasai pelbagai makanan yang enak serta lazat.
Kimchi yang merupakan makanan tradisional terkenal negara Korea terdiri
daripada pelbagai jenis. Rasanya yang masam, manis dan pedas menyuntik elemen
unik dalam makanan ini. Terbukti sebagai makanan yang berkhasiat, anda juga
boleh mencubanya sendiri malah boleh juga dibawa pulang. Di samping kimchi,
makanan seperti toppoki (kuih beras pedas), odeng (fish cake), kimbab dan
makanan-makanan lain terdapat di Korea dan anda boleh merasai apabila anda
melancong ke negara Korea.
Jadi apa tunggu lagi, jadikan Korea sebagai destinasi pelancongan
antarabangsa anda. Pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan menarik.
Ayuh melancong bersama Leader Holidays Sdn Bhd. Hubungi kami untuk
sebarang pertanyaan berkaitan pakej ke Korea!
0 comments:
Post a Comment