Kenali Beijing Sebagai Pusat Pelancongan Menarik!! (siri 2)



3) Great Wall Of China

Sebut sahaja negara China, pasti anda akan terbayangkan keunggulan negara ke-2 terbesar itu iaitu Great Wall of China yang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Setiap pengunjung yang melancong di China pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri struktur binaan Great Wall of China yang masih utuh walaupun ditelan usia.






4) Stadium Olimpik Beijing

Salah satu bangunan atau struktur binaan yang menjadi kebanggan negara China sekarang adalah Stadium mereka yang gah dan unik yang dikenali sebagai Stadium Olimpik Beijing atau Stadium Sarang Burung. Stadium ini dibina sempena Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008 yang lalu. Struktur binaannya yang unik dan menarik berbentuk seakan-akan sarang burung mengkagumkan setiap pelancong yang datang.







Beijing adalah antara tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana pelancong dapat melihat kelainan yang tidak terdapat di negara lain. Jom melancong!!

Anda ingin ke Beijing??



Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment